fbpx

Uniknya Anak Tangan Kidal

.

Sesetengah ibu bapa berasa risau melihat anak mereka lebih pantas menggapai objek, menyuap makanan dan menghulur tangan kepada golongan lebih tua dengan tangan kiri.Hal ini mungkin dianggap biasa bagi masyarakat di barat, namun berbeza dengan orang timur, khususnya masyarakat Islam yang mementingkan tangan kanan dalam segala hal.

.

Tetapi hakikatnya, anak tangan kidal ini sangat unik dan mempunyai kelebihan tersendiri, jom lihat beberapa fakta mengenai anak tangan kidal, antaranya ialah :-

 

1. Anak Kidal Lebih Kreatif
Mereka lebih banyak mengunakan otak bahagian kanan. Kita sedia maklum otak bahagian kanan mengatur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, situasi, waspada dan tumpuan

2. Kidal Diwarisi Dari Keturunan
Seorang penyelidik mendedahkan penemuannya berkaitan anak kidal. Ia berpunca daripada faktor keturunan. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kes penghidap disleksia yang mempunyai gen simetri otak. Gen itu diturunkan daripada bapa, tetapi tidak bermakna kidal disebabkan kelainan simetri otak.

.

3. Anak Kidal Lebih Peka
Menurut laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, pendengaran anak kidal lebih tajam dan mampu membezakan jenis suara dengan baik.

4. Tidak Tetap Pendirian
Hakikatnya orang tangan kidal pemalu orangnya. Mereka bimbang melakukan kesilapan dan takut menerima kritikan hinggakan mudah bersikap ragu-ragu dalam membuat keputusan.

5. Sensitif
Mengapa mereka lebih sensitif ? Ini kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi di otak kanan dan kiri.

 

.

6. Kreatif
Sebahagian besar daripada mereka lebih berbakat dalam bidang seni dan artistik.

7. Lebih Penakut
Satu kajian telah dibuat oleh Persatuan Psikologi British dan mereka meminta semua reponden menonton filem seram. Hasilnya, kanak-kanak kidal mengingati dengan jelas setiap adegan yang menyeramkan dalam filem dan cenderung mengalami trauma.

8. Pintar
Anak kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang

.

Sebenarnya ibu bapa dan guru seharusnya memahami dan menerima keunikan yang ada dalam diri anak-anak ini.Jangan paksa mereka melalukan semuanya dengan tangan kanan. Ada yang boleh ada yang tidak.

Scroll to Top