Bagaimana caranya kita akan tahu bahawasanya sel-sel otak anak kita sedang berhubung? Anak akan mula menunjukkan kreativiti mereka dalam melakukan sesuatu tugasan atau perkara
Kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing dan membantu mengembangkan lagi minda anak mereka.
Antara jenis aktiviti yang boleh membantu mengembangkan minda anak-anak ialah :-
1. Bercerita
Melalui penceritaan, anak anda akan cuba untuk mengingati perkara yang telah berlaku dan menceritakannya kepada anda.
2. Melukis Anak dapat berimaginasi sesuatu persekitaran mahupun keadaan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mencungkil bakat kesenian yang ada dalam diri anak anda.
3. Berlakon Di sinilah anda akan dapat lihat kebolehan atau bakat terpendam anak anda.
4. Bersenam dan menari Aktiviti ini juga boleh melatih anak anda supaya belajar mengawal badan dan otak bagi menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan muzik. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk anak anda! Menari bersama mereka!
5. Mencipta permainan sendiri Latih anak-anak bagi menghasilkan permainan sendiri yang menggunakan benda-benda yang ada disekeliling kita.Antara permainan yang anda dan anak-anak boleh cipta ialah Penerbangan Roket Atas Air seperti video di bawah
Folloow link di bawah untuk terokai pelbagai jenis aktiviti DIY yang seronok dan bermanfaat untuk anda dan anak anda di rumah.