.
Sebelum itu, ibu bapa tahukan apa itu sensory play?
Maksud sensory play ialah aktiviti yang merangsang dan membantu perkembangan deria anak-anak. Jadi sangat penting untuk kita mengajar anak mengembangkan lagi deria mereka dengan cara bermain.
Yang menariknya, aktiviti sensory play ini boleh dilakukan daripada bayi kecil lagi. Di sini kita boleh lihat pentingnya aktiviti sensory ini untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar.
Manfaat Sensory Play
Ā
Umumnya sensory play ini tidak memerlukan kos yang mahal. Kebanyakan barang yang digunakan boleh didapati di rumah. Jadi sangat mudah untuk ibu bapa bermain bersama anak
Jom kita lihat antara kebaikkan sensory play :-
Ā
1. Untuk perkembangan otak anak
Sensory play dapat membantu untuk meningkatkan sel-sel otak yang sedang berhubung dengan saraf neutral. Semakin tinggi sel-sel otak berhubung, semakin terasah kemampuan anak untuk menyelesaikan masalah.
2. Mengajar anak self-control
Sensory play sebenarnya dapat membantu dan mengajar anak untuk menenangkan diri ketika mereka gelisah atau penat kerana sensory play ini dapat membantu mereka untuk lebih fokus kepada satu hal penting sahaja.
Ā
3. Membina kemahiran fizikal
Sensory Play dapat membantu membina kemahiran fizikal kanak-kanak seperti koordinasi , stabiliti dan juga motor-planning skills
4. Mengasah dan Mengeluarkan kreativitiĀ
Dengan kerap melakukan sensory play adalah cara terbaik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.Ini sangat membantu proses tumbesaran anak dari segi deria dan perkembangan minda mereka.
Ā
Antara contoh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sensory play adalah seperti :
- Play-Doh
- Kinetic Sand
- Slime
- Bubble Wrap
- Fabrik dengan pelbagai jenis tekstur
- Sensory board
- Calming bottle
- Ais
- Jelly
- Light box
Apa yang paling penting , sensory play ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak mereka. Jom sama-sama luangkan masa main bersama anak anda!