fbpx

Anak Ada Masalah Deria? 9 Petanda Tingkah Laku Anak Yang Ibu Ayah Wajib Periksa !

.

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang tidak sedar bahawa anak mereka sebenarnya mempunyai masalah sensori.Kesan daripada masalah deria ini boleh menjejaskan cara kanak-kanak menjalani sesuatu aktiviti dalam situasi yang berbeza. Mereka mungkin tidak berasa selamat. Mereka juga berkemungkinan mengalami masalah dengan kemahiran motor, tulisan tangan, perhatian, tingkah laku, emosi, permainan dan pembelajaran.

Ā 

Terdapat 9 perilaku anak yang boleh anda perhatikan berkaitan dengan masalah deria. Anak anda berkemungkinan besar mempunyai masalah sensori jika terdapat lebih daripada 3 tanda tingkah laku berikut, jom kita periksa.

Ā 

1. Terlalu sensitif terhadap sentuhan, pelukan, cahaya, pergerakan dan bunyi

Ā 

2.Kurang sensitif terhadap sentuhan, pelukan, pergerakan dan bunyi

Ā 

3.Tidak tumpuan dan fokus dalam sesuatu aktiviti.

Ā 

4. Kelewatan perkembangan dalam kemahiran bahasa dan kemahiran motorĀ 

Ā 

5. Masalah koordinasi .Selalu terjatuhkan barang, tertumpah air dan terjatuh dengan sangat kerap. Seorang yang agak cemerkap dan kelam kabut

Ā 

6.Seorang yang tidak boleh bersabar, sangat teruja sampai tidak dapat mengawal diri.

Ā 

7. Tidak boleh duduk diam . Sentiasa nak bangun berjalan, melompat, bergerak sana sini, memanjat.

Ā 

8.Tidak boleh berkawan dan bermain seperti kanak-kanak seusia. Kadang-kadang kita keliru dengan personaliti dia namun, kanak-kanak tipikal sepatutnya suka bermain dan bersosial tanpa prejudis.

Ā 

9. Sukar menenangkan diri ā€“ contohnya menangis terlalu lama, tidak boleh senyap walaupun sudah ditenangkan. Mengamuk keterlaluan pada perkara kecil.

Kami harap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenal pasti samada anak anda mempunyai masalah deria atau tidak. Setidaknya anda dapat bertindak dengan lebih pantas.

Ā 

Ā 

Tekan link di bawah untuk melihat aktiviti sensori yang boleh dibuat bersama anak anda :-

https://www.tiktok.com/@kidzori5m

Ā 

Scroll to Top