.
“Dorang kecil lagi laa, tak sampai hati nak hantar pergi sekolah”
Â
Inilah ayat yang biasa kita dengar dari ibu bapa yang tidak sanggup menghantar anak-anak mereka ke sekolah di usia yang muda. Mana tak nya, zaman sekarang banyak kita baca di media sosial hal yang tidak menyenangkan di sekolah.
Tetapi ramai juga ibu bapa yang menghantar anak ke tadika dengan lebih awal. Sebenarnya ibu bapa tak perlu risau, ini sebab mengapa mereka perlu dihantar ke sekolah lebih awal:-
Â
1. Sosial Di Rumah
Selalunya di rumah hanya ada orang dewasa seperti ibu bapa atau atuk dan nenek. Paling tidak jika anak di sekolah, mereka dapat bergaul dengan kanak-kanak seusia mereka. Sebab ada budak yang bila berjumpa dengan budak sebaya mereka atau orang lain mereka jadi takut. Itu bermakna mereka masih kurang pandai bersosial. Di sini ibu bapa boleh latih mereka untuk bersosial dengan orang lain dan berlajar berkawan.
2. Suasana Di Rumah
Kalau ibu bapa boleh sediakan suasan rumah yang “Montessori friendly”, tak perlu ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah di awal usia.Ada alat untuk melukis, membaca dan mengexpresskan creativity mereka lagi bagus.Tetapi untuk ibu bapa yang tiada masa di rumah untuk melakukan aktivity bersama anak mereka, lebih mudah untuk mereka hantar anak ke sekolah sahaja
3. Keadaan Ibu Atau Penjaga Yang Stabil & Sihat
Kebanyakkan kes dera di bawah umur 6 tahun datang dari keadaan anaknya tidak dihantar ke sekolah dan si ibu ada depression. Anak tu dah dibuat untuk jadi satu objek untuk parents lepaskan tekanan. Anak kalau kena dera, dari pagi anak tu breakfast pun dah kena dera. Kalau rasa mental kita tak stabil, hantar anak ke sekolah. Bagus untuk anak dan untuk parents.
4. Anak Lebih berdikari
Hal ini kerana di sekolah semuanya mereka harus buat sendiri seperti pakai kasut, pakai baju dan ada yang sampai basuh pinggan sendiri
5. Youtube/TV
Zaman sekarang bukan lagi seperti dulu. Zaman dulu boleh main basikal di luar, mandi sungai dan sebagainya.Zaman sekarang kanak-kanak lebih terdedah dengan tv dan youtube. Labih baik hantar anak ke sekolah. Paling tidak di sana mereka lebih selamat melakukan aktiviti harian mereka dan kurang tengok tv
6. Kesan Speech Delay & Autism Awal
Kebanyakan cikgu di sekolah sangat terlatih dan biasa dengan kanak-kanak. Jadi mereka boleh kesan kanak-kanak normal dan yang ada masalah. Jika masalah dapat dikesan dari awal paling tidak ibu bapak dapat bertindak dengan cepat dalam merawat anak mereka
7. Ibu Bapa Busy
Yup, playschool option terbaik untuk parents yang busy. kadang-kadang kita sendiri tak perasan anak kita dah pandai membaca😅