fbpx

Anak Anda Kreatif Dan Suka Mewarna? Ketahui 5 Kelebihan Dan Faedah Mewarna Untuk Pembesaran Anak.

.

Anak ada suka mewarna dan menconteng dinding? Jangan risau, walaupun rumah akan bersepah sedikit tapi aktiviti ini sangat bagus untuk perkembangan anak anda.

 

Dengan berbekalkan pensil warna, crayon dan pelbagai alat mewarna, anak akan menjadi lebih bersemangat dan gembira. Di sini kami kongsikan 10 kelebihan dan faedah untuk anak.

1. Ekspresi Diri

Pemilihan warna itu sendiri sudah melambangkan peribadi anak anda. Sebagai contoh jika anak suka akan warna merah, mereka lebih kepada anak yang berani. Warna gelap seperti hitam pula adalah ekspresi diri yang tegas, keras dan berdikari.

 

2. Cengkaman

Bantu sebagai asas untuk menulis dengan baik. Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.

3. Meningkatkan tumpuan

Anak anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti mewarna. Mereka perlu menumpukan perhatian kepada pergerakkan tangan yang memegang pensil warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya.

 

4. Membantu memperbaikkan kemahiran menulis (handwriting)

Kawalan pensel, pegangan pensel, kemahiran visual-motor, semuanya dapat dilatih semasa aktiviti mewarna.Ada anak yang akan melalukan kesilapan. Biarkan mereka supaya mereka boleh berlajar dari kesilapan dan mengajar mereka untuk perbetulkan kesilapan

5. Bertenang Dan Fokus

Waktu bagi dirinya untuk bertenang. Anak akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan projek mewarnanya.

 

Follow link di bawah untuk terokai pelbagai jenis aktiviti mewarna yang seronok dan bermanfaat untuk anda dan anak anda di rumah.

 

 

https://www.tiktok.com/@kidzori5m?is_from_webapp=1&sender_device=pc

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How can I help you?