Selalunya ibu bapa suka melabelkan anak yang tidak dengar cakap dan suka buat hal sebagai “anak nakal”. Ia adalah satu kesalahan jika melabelkan anak seperti itu.
Ibu bapak peri lebih spesifik dalam memahami kerenah anak-anak jika kita ingin mencari jalan penyelesaian
Â
Tiada istilah “anak degil” yang ada hanyalah
Anak yang meragam bila tidak dibelikan mainan.
Anak yang cerewet makan – ‘picky eater’
Anak yang melompat di atas sofa rumah saudara-mara
Anak yang asyik bermain sehingga tidak mahu pulang
Anak yang tidak boleh lekang dengan gajet
Anak yang tidak minat membaca
Anak yang sukar tidur
Anak yang suka conteng dinding
Anak yang sepahkan mainan
Anak yang sering menggigit dan memukul
Anak yang menangis bila bangun pagi
Anak yang suka menjerit
Anak yang tidak siapkan homework
Anak yang tidak mahu mandi
dan bermacam-macam lagi kerenah anak yang lebih spesifik.
Kita sebaiknya jagalah cepat melabel dan terus menghukum anak disebabkan kelakuan dan tindakkan mereka. Anak tantrum adalah salah satu perkara biasa yang berlaku pada anak kecil. Mereka sedang belajar mengekspresikan keperluan dan emosi dengan cara yang tersendiri. Maka, tidak wajarlah kita sewenang-wenangnya melabel mereka ‘nakal’.
Sebagai pemerhati, kita patut memberi ruang kepada ibu bapa mereka untuk menenangkan keadaan. Ibu bapa pula perlulah lebih proaktif dan cuba memahami keperluan si kecil sebelum mereka sampai hadnya.
Jika anda telah berusaha sedaya-upaya, maka percayalah bahawa ia sama sekali tidak menjadikan anda ibu bapa yang teruk!