fbpx

Anak-anak suka buat sepah? Itulah salah satu tanda perkembangan anak yang sangat baik.

Ibu bapa perlu tahu bahawa tanda perkembangan anak yang baik itu saat mereka kerap membuat perangai yang mencabar kesabaran kita.Tapi itulah hakikatnya, semakin “annoying” perangai mereka, semakin banyak manfaatnya.

Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak sepanjang roses mereka membesar sebagai anak yang lebih bijak dan cemerlang.

1. Suka buat sepah
Pernah dengar tak selalunya ibu-ibu akan cakap “semenjak ada anak rumah memang tak pernah kemas”. Ini bukan kerana ibu itu malas tetapi kerana setiap kali kemas, pasti anak akan sepahkan balik.Rumah cuma akan kemas Ketika mereka tidur sahaja.Bukan setakat barang permainan, barang rumah seperti cawan, barang memasak, pakaian dan sebagainya akan bersepah juga. Itulah sebenarnya petunjuk yang anak anda seorang yang sangat kreatif Ketika bermain. Otaknya kreatif berfikiran di luar kotak.

2. Suka berlari dan melompat
Ini menunjukkan anak anda seorang yang aktif dan ceria. Banyak idea dan ruang yang mereka nak terokai dan belajar.Apa yang lebih baik ialah ibu bapa sendiri sertai bermain lari dan melompat Bersama mereka. Mereka pasti sangat gembira dan semakin bijak. Selalu bawa mereka main di padang yang luas agar mereka dapat meneroka dan berlain, bermain dengan selamat

3. Tak boleh duduk diam
Lebih baik anak jadi tak boleh duduk diam dari main gadjet dan duduk setempat sahaja. Ini menunjukkan perkembangan anak anda sangat aktiv dan bijak. Mungkin anda boleh bagi mereka membuat aktiviti seperti melukis, mewarna atau bermain lego untuk membolehkan mereka duduk diam seketika

4. Menconteng dinding rumah
Sementara anak hendak membesar ini, janganla harapkan cat dia rumah sentiasa cantik dan bersih. Akan sampai satu masa mereka akan menunjukkan kreativiti mereka di dinding.Sebaiknya korbankan sedikit ruang dinding rumah sebagai tempat khas untuk anak menconteng apa sahaja. Sementara anak nak membesar

5. Kuat menangis
Anak yang kuat menangis ni kadang-kadang cuma mahukan perhatian lebih dari ibu bapa. Cuba luangkan lebih masa dengan anak dan layan kemahuan mereka untuk main Bersama.Kerap pujuk anak yang tengah menangis dan jangan biarkan mereka tanpa dipujuk. Ini akan membuatkan hati anak semakin keras.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How can I help you?