Bermain merupakan fitrah bagi semua kanak-kanak yang sedang memebesar.Semasa bermain, mereka akan belajar dan meneroka melalui imaginasi mereka yang tinggi. Oleh itu, kanak-kanak perlu dibagi hak dan peluang bermain dengan bebas.
Terdapat banyak kepentingan bermain yang meliputi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, social dan fizikal
1. Meningkatkan Kemahiran Bersosial
Melalui bermain, kanak-kanak akan dapar meningkatkan kemahiran bersosial mereka. Ini kerana kanak-kanak dapt bergaul dengan rakan sekeliling mereka dan belajar bekerjasama melalui permainan. Salah satu contoh permainan yang boleh meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan kanak-kanak ialah main pondok-pondok.
2. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa.Ia juga dapat mengalakkan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Salah satu contoh permainan yang meningkatkan kemahiran komunikasi ialah permainan ketengteng. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat berkomunikasi antara satu sama lain.
Ā
3. Kanak-Kanak Dapat Mengawal Emosi Dengan Baik
Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam.Contoh permainan yang dapat membantu dalam membentuk kanak-kanak yang mampu mengawal emosi dengan baik ialah main peranan. Main peranan ini ialah satu permainan meniru perbuatan orang dewasa.
4. Membina Kemahiran Psikomotor
Kanak-kanak menggerakkan motor kasar dan motor halus secara tidak langsung semasa bermain.Contoh permainan yang boleh membina kemahiran psikomotor ialah bermain plastisen. Melalui bermain plastisen, kanak-kanak mampu membina kemahiran psikomotor dengan menggerakkan motor kasar dan halus semasa membentuk plastisen berkenaan.