fbpx

Ketahui 4 Peringkat Didik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Ibu bapa memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dah perlu menjadi contoh terbaik untuk diteladani.Bagi umat islam, contoh yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Anak merupakan amanah dari Allah S.W.T yang kita harus jaga dan didik dengan ilmu yang sempurna.Zaman gajet yang serba canggih ini, ibu bapa perlu lebih bijak dalam mendidik anak-anak. Memang perlu panduan terbaik mengikut cara Rasulullah S.A.W

Baginda (Rasulullah S.A.W) berpesan, apabila dikurniakan anak, didiklah anak mengikut usia mereka.

1 hingga 7 tahun
– Memanjakan, mengasihi dan menyayangi
– Tidak boleh dirotan
– Layan seperti “RAJA”
– Berikan makanan yang berkhasiat
– Bermain dengan mereka
– Berikan apa yang mereka mahu asalkan tidak mendatangkan kemudaratan dan mengikut kemampuan anda

7 hingga 14 tahun
– Mendisplinkan dan mengajar anak tentang tanggungjawab (ajar membuat kerja rumah seperti cuci pinggan atau buang sampah)
– Ajar anak solat . Menurut hadith Abu Daud, ā€œPerintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun
– Asingkan tempat tidur (lelaki dan perempuan)
– Jangan pukul di bahagian muka

15 hingga 20 tahun
– Berkawan dengan anak
– Jika mereka melakukan kesilapan, tegur mereka secara depan-depan
– Usia ini merupakan usia “Ego” mereka, jadi mereka perlu didik seperti orang dewasa
– Jadi pendengar setia
– Elakkan mengherdik atau memarahi

21 tahun ke atas
Fasa ini ibu bapa perlu memberi sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada anak-anak. Biarkan mereka membuat keputusan sendiri. Hanya perlu pantau dan menasihati apa yang terbaik.

Mengikut kajian , anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup sepanjang pembesaran mereka, anak itu akan menjadi anak yang penuh keyakinan diri dan mudah mendengar kata. Sebaliknya pula anak yang kurang kasih sayang dari kecil mereka lebih mudah memberontak.

Rebutlah peluang membesarkan anak dengan sempurna, kerana masa kecil mereka takkan berulang buat kali kedua …

Ā 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How can I help you?