fbpx

Anak-Anak Tak Beri Kerjasama Semasa Beraya? 5 Tips Ini Boleh Membantu!

Budaya berkunjung merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan semasa raya. Untuk menziarahi orang terdekat dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama islam. Beraya bersama anak kecil boleh jadi cabaran jika ibu bapa tidak melakukan persediaan yang lengkap sebelum pergi beraya.

Yey ! Yey ! Nak kumpul duit raya!! Inilah ayat yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak semasa hari raya. Namun sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa pergi beraya. 5 tips ini oleh membantu ibu bapa untuk beraya dengan anak kecil.

1. Displin

Selalu ingatkan anak-anak anda tentang pentingnya displin di rumah orang. Persediaan awal mental anak-anak amat penting agar mereka dapat memahami tindakan anda sekiranya mereka ditegur jika tidak berkelakuan baik di rumah orang.

2. Pilih Waktu Sesuai Untuk Beraya
Waktu paling terbaik untuk bawak anak-anak untuk pergi beraya ialah sebelum tenghari atau selepas petang. Ini kerana dari tengahari hingga ke petang ialah waktu tidur anak-anak. Bimbang nanti mereka meragam hendak tidur . Susah pula anda ingin beraya.

3. Pakaian
Ibu bapa hendaklah memilih pakaian yang sesuai dan selesa untuk anak-anak semasa raya nanti . Maklumlah Malaysia ini negara panas. Jadi sangat penting untuk memilih baju yang selesa untuk anak-anak agar mereka tidak mudah merengsa dan merengek.

Ā 

4. Galakkan anak bersosial
Anak-anak sangat cepat berasa bosan , jadi galakkan anak-anak anda untuk berkawan dan bermain bersama kawan-kawan atau saudara mara yang lain. Sekurangnya mereka belajar bersosial dan berkenalan dengan orang lain.

5. Jangan Lama Sangat Ibu Ayah
Ibu ayah pun kena faham juga bahawa anak kecil cepat bosan dan mereka tidak faham mengapa perlu beraya lama di rumah orang. Cukup la setakat sudah bertemu dan mengeratkan silaturahim. Kena ingat yang anda mempunyai anak kecil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How can I help you?