fbpx

Anak Suka Main Air? Biarkan Mereka Basah! 3 Kelebihan Aktiviti Air Untuk Perkembangan Anak

Perasan tak ? Anak-anak menjadi sangat teruja ketika bermain air. Jangankan di kolam renang atau taman tema air, di dalam bilik air sahaja mereka sangat gembira jika bermain air. Air sangat sinonim dengan kanak-kanak kerana air sejuk dan mudah mengalir.

Tapi tahukan anda ? air ini bukan hanya boleh dibuat mandi dan main sahaja, tetapi air boleh merangsang skil dan tumbesaran anak-anak.

Antara kelebihan bermain air ialah dapat membantu kanak kanak dari segi kemahiran motor halus, deria sentuhan(tactile) dan kemahiran sosial.

1. Kemahiran motor halus
Kemahiran motor halus ialah pergerakan yang melibatkan otot-otot kecil di tangan, pergelangan tangan, jari-jemari, kaki, dan jari kaki. Usaha kanak kanak untuk menggenggam, memegang serta memicit mainan tersebut dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

2. Deria Sentuhan (Tactile)
Deria sentuhan mendapat informasi melalui reseptor pada kulit kita, seperti suhu, tekstur, bentuk, saiz, tekanan, kesakitan dan banyak lagi.Bermain air dapat memperkenalkan kanak kanak dengan pelbagai tekstur ketika bermain seperti licin dan berlendir.

3. Kemahiran Sosial
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran: menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.Aktiviti air dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak kanak melalui perkongsian mainan dan ruang bersama rakan, menunggu giliran dan memulakan perbualan. Selain itu, aktiviti ini dapat menggalakkan ‘role play’ dan kemahiran sosial yang penting seperti kerjasama dan berkongsi barang.

Antara aktiviti air yang ibu bapa boleh buat bersama anak ialah Penerbangan Roket Atas Air 

 

Follow link di bawah untuk lebih banyak aktiviti melibatkan air yang ibu bapa boleh buat di rumah

https://www.tiktok.com/@kidzori5m?_t=8egksGSfmLq&_r=1

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× How can I help you?